√ Rahsia Jimat Aircond, Cara Kurangkan Bil Elektrik 50%

Datuk Ahtong

Rahsia Jimat Aircond – Menggunakan aircond di rumah boleh memberi keselesaan, tetapi tanpa pengurusan yang bijak, ia boleh menyebabkan bil elektrik yang tinggi.

Senaraibinaan sebagai pakar binaan dalaman dan luaran, ingin mendidik orang ramai tentang cara menggunakan aircond dengan betul, supaya pengguna aircond tidak merasakan elektrik terlalu membazir dan memerlukan perbelanjaan yang besar.

Oleh itu, berikut adalah beberapa cara jimat aircond yang proven dan boleh membantu anda mengurangkan kos tenaga sambil memastikan keselesaan anda terjaga.

Senarai Cara Jimat Aircond Yang Proven

1. Tetapkan Suhu pada 24 Darjah Celsius

Kebiasaan ramai orang ialah menetapkan suhu aircond pada 16 darjah Celsius dengan kipas maksimum dan mod berkuasa.

Ini menyebabkan penggunaan elektrik yang tinggi dan peningkatan bil. Untuk mengurangkan bil elektrik, pastikan suhu aircond ditetapkan pada maksimum 24 darjah Celsius.

Sesekali, jika perlu, boleh ditetapkan pada 20-22 darjah Celsius, tetapi naikkan semula ke 24 darjah selepas bilik cukup sejuk.

2. Pastikan Bilik Tertutup Semasa Aircond Berfungsi

Pastikan pintu dan tingkap bilik ditutup rapat supaya udara sejuk dari aircond tidak terbuang.

Jika bilik tidak tertutup, aircond perlu bekerja lebih keras untuk mencapai suhu yang diingini, menyebabkan pembaziran elektrik.

3. Menggunakan Aircond Jenis Inverter

Aircond dengan teknologi inverter mempunyai pemampat yang dapat mengurangkan dan meningkatkan beban kerja secara automatik mengikut suhu bilik.

Ini boleh mengurangkan penggunaan elektrik sehingga 30%. Walaupun jenama aircond jenis ineverter harganya lebih mahal, pelaburan ini dapat dijimatkan dalam jangka masa panjang melalui pengurangan bil elektrik.

4. Gunakan Mod Kering Ketika Udara Lembap

Pada musim hujan, gunakan mod kering untuk menstabilkan kelembapan udara dalam bilik.

Mod ini akan memastikan suhu bilik kekal sejuk tanpa menggunakan banyak elektrik kerana pemampat tidak berfungsi secara berterusan.

5. Jangan Matikan Aircond Jika Keluar Sekejap

Mematikan aircond apabila keluar sebentar dan menghidupkannya semula boleh menyebabkan pembaziran elektrik.

Ini kerana menghidupkan pemampat memerlukan lebih banyak kuasa berbanding mengekalkan aircond dalam keadaan berjalan. Jika anda hanya keluar 15-30 minit, lebih baik biarkan aircond berfungsi.

Baca : Rahsia Rumah Sejuk, 10 Tips Pasang Aircond Baru!

6. Elakkan Penggunaan Mod Berkuasa Terlalu Kerap

Mod berkuasa pada aircond menyebabkan pemampat dan kipas bekerja lebih keras, meningkatkan penggunaan elektrik.

Gunakan mod ini hanya jika perlu dan pastikan ia tidak berjalan terlalu lama.

7. Gunakan Tetapan Kelajuan Kipas Rendah atau Auto

Tetapkan kelajuan kipas pada tahap rendah atau gunakan mod auto. Kelajuan kipas yang tinggi menyebabkan pemampat bekerja lebih keras dan meningkatkan penggunaan elektrik.

8. Pilih Aircond dengan Sensor Gerakan

Aircond yang dilengkapi dengan sensor gerakan dapat mengesan pergerakan dalam bilik dan menyesuaikan kerja pemampat secara automatik.

Ini membantu mengurangkan penggunaan elektrik apabila tiada pergerakan atau sedikit pergerakan dalam bilik.

9. Servis Aircond Secara Berkala

Lakukan servis aircond sekurang-kurangnya setiap tiga bulan. Habuk dan kotoran yang terkumpul pada penapis dan bahagian dalam aircond mengurangkan keberkesanan dan menyebabkan pemampat bekerja lebih keras.

Jika aircond digunakan 24 jam sehari, seperti di rumah tumpangan atau perniagaan, lakukan servis setiap bulan.

10. Pastikan Saiz HP Aircond Sesuai dengan Saiz Bilik

Saiz HP(horsepower) aircond harus sesuai dengan saiz bilik. Jika HP terlalu kecil, pemampat perlu bekerja lebih keras, menyebabkan pembaziran elektrik.

Jika HP terlalu besar, walaupun penggunaan elektrik lebih rendah, kos awal dan tarikan kuasa awal lebih tinggi.

Dengan mengamalkan tips ini, anda dapat mengurangkan penggunaan elektrik dan bil aircond bulanan, serta menjaga kesihatan badan dengan suhu bilik yang selesa.

Bagikan:

Leave a Comment